Thursday, January 3, 2019

MELAYU ARAB DAN MELAYU SEJATI

Terdapat dua takrifan tentang Melayu, iaitu Melayu Arab yang beragama
Islam dan Melayu Sejati yang memegang ajaran nenek moyang (leluhur)
sebelum kemasukan agama-agama Hindu dan Buddha dari India, agama
Islam dari Arabia dan agama Kristian dari Eropah.

Orang Melayu di zaman purbakala tiada mempunyai agama tetapi mereka
mempunyai AJARAN, iaitu yang diturunkan oleh leluhur kepada anak
cucunya untuk beradab sopan, berbudi bahasa, bersantun, hormat
menghormati sesama sendiri dan orang lain, bergotong royong dan
bersatu padu, berdikari, berniaga, berhemah, berpantun dan berseloka,
rajin berusaha, menjaga kebersihan diri dan alam sekitar, menjaga
kesihatan diri di segi fizikal, mental dan spiritual.

Orang Melayu diajar oleh leluhur mereka dengan dua belas prinsip utama
untuk hidup di muka bumi ini:-
1. Tidak boleh berdolak dalik
2. Tidak boleh mungkir janji atau menipu
3. Tidak boleh berhasad dengki
4. Tidak boleh kecewa atau putus asa
5. Tidak boleh takut
6. Mulut mau manis (tidak boleh marah atau mengumpat)
7. Fikiran mau bersih
8. Hati mau baik
9. Rajin dan usaha
10. Bersih dan kemas
11. Bekerjasama atau bergotong royong
12. Hormat menghormati

Orang Melayu telah wujud sangat lama di Semenanjung Tanah Melayu
apabila pakar-pakar sains dari Universiti Sains Malaysia menemui
penempatan manusia di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak, Malaysia
yang diakui oleh UNESCO berusia 1.83 juta tahun. Sepatutnya,
orang Melayu dan kerajaan Malaysia, Indonesia dan Brunai yang
mempunyai majoriti penduduk Melayu meneruskan kajian dan
penyelidikan saintifik lebih lanjut untuk mencari peninggalan
sejarah orang Melayu purbakala.

Sekarang ini, orang Melayu masih banyak yang miskin dan hidup
mundur di negara yang berkembang maju dengan berbagai hasil
mahsul kekayaan buminya, dan pucuk pemerintahan negara
dipegang oleh para pemimpin Melayu. Kenapakah perkara
ini boleh berlaku? Faktor utamanya adalah kebekuan minda
orang Melayu yang dikekang oleh ajaran agama Islam yang
masuk ke negara ini lebih 600 tahun yang lalu.